Bismillahirahmanirahim,
Kali ini cikgu ingin berkongsi aktiviti sains yang boleh kamu lakukan di rumah untuk mempraktiskan pemahaman awak dalam topik buruj ini. nama aktiviti ini ialah "Buruj Kacang Hijau".
Apakah yang diperlukan?
1. kertas lukisan
2. kacang hijau
3. kacang merah
Apa yang perlu dibuat?
a. Lakarkan bentuk atau pola buruj di atas kertas lukisan.
b. Lekatkan kacang hijau mengikut lakaran yang dibuat.
c. Gunakan kacang merah untuk menunjukkan bintang yang paling cerah pada buruj tersebut. Contohnya; bintang Antares pada Scorpio. Bintang Rigel dan Bintang Betelgeuse pada Buruj Belantik.
Pengisian Sains
Buruj merupakan sekumpulan bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak di langit. Bintang-bintang memancarkan cahaya yang sangat terang menyebabkan bintang-bintang itu boleh dilihat dari Bumi. Empat
buruj yang paling terang antara buruj-buruj lain adalah; Buruj Biduk
(Big Dipper), Buruj Belantik (Orion), Buruj Pari (Southern Cross) dan
Buruj Skorpio (Scorpion).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan