CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 9 September 2012

Soalan Latih Tubi

Bismillahirahmanirahim,

Cuba jawab soalan-soalan latih tubi ini. Jika anak-anak murid cikgu betul faham dengan topik ini, insyaALLAH, boleh jawab semua soalan yang cikgu paparkan ini =)






Rabu, 5 September 2012

Aktiviti Sains : Buruj Sticky Dot

Bismillahirahmanirahim,

Aktiviti ini ialah salah satu aktiviti yang mudah dan membolehkan pelajar mengenali dan mengingati pola buruj. 

Apakah yang diperlukan?

1.  Kertas sugar paper atau construction paper berwarna hitam

2.  Pelekat atau sticker bulat pelbagai warna (kuning flourescent pilihan yang terbaik!) 

Apakah yang perlu dibuat?
1. Lakarkan bentuk atau pola buruj di atas kertas sugar paper.
2. Lekatkan sticker mengikut lakaran yang dibuat.

Contohnya: 
1. Buruj Belantik 

2. Buruj Skorpio


3. Buruj Biduk 
 



4. Buruj Pari

rujukan: http://norazharishak.blogspot.com/2012/01/aktiviti-sains-sticky-dot-versi-baru.html

Selasa, 4 September 2012

Aktiviti Sains : Buruj Kacang Hijau

Bismillahirahmanirahim,

Kali ini cikgu ingin berkongsi aktiviti sains yang boleh kamu lakukan di rumah untuk mempraktiskan pemahaman awak dalam topik buruj ini. nama aktiviti ini ialah "Buruj Kacang Hijau".

Apakah yang diperlukan?

1. kertas lukisan

2. kacang hijau

3. kacang merah

Apa yang perlu dibuat?
a. Lakarkan bentuk atau pola buruj di atas kertas lukisan.
b. Lekatkan kacang hijau mengikut lakaran yang dibuat.
c. Gunakan kacang merah untuk menunjukkan bintang yang paling cerah pada buruj tersebut. Contohnya; bintang Antares pada Scorpio. Bintang Rigel dan Bintang Betelgeuse pada Buruj Belantik.

Pengisian Sains
Buruj merupakan sekumpulan bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak di langit. Bintang-bintang memancarkan cahaya yang sangat terang menyebabkan bintang-bintang itu boleh dilihat dari Bumi. Empat buruj yang paling terang antara buruj-buruj lain adalah; Buruj Biduk (Big Dipper), Buruj Belantik (Orion), Buruj Pari (Southern Cross) dan Buruj Skorpio (Scorpion).

Sabtu, 1 September 2012

PowerPoint Buruj

Bismillahirahmanirahim,

Di sini cikgu memuatnaikkan beberapa nota daripada perisian Power Point untuk rujukan anak-anak murid cikgu;







Khamis, 2 Ogos 2012

Dari Dalam Diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt,

Melalui blog ini, cikgu akan berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan subjek sains terutamanya di dalam topik buruj. Semoga blog ini dapat membantu anak-anak murid cikgu untuk menelaah bukan sahaja melalui buku-buku tetapi juga melalui pembelajaran dalam talian.